Pages

Tuesday, September 13, 2011

sebab uniform lebih menarik perhatian

Assalamulaikum...kebelakangan ni aku asyik terbaca status kawan-kawan yang memuji mereka-mereka yang memakai uniform ni ja. masing-masing dah tertarik dengan uniform. bukan setakat perempuan saja yang tertarik, malahan lelaki pun dua kali lima juga. bila awek-awek nursing melintas depan, pandang sampai terbeliak biji mata. huduh jugak perangai lelaki no0..hohoh0..jangan marah.


Jadi aku pun tanya la pendapat kat kawan-kawan aku..pasai apa hampa suka tengok orang pakai uniform ni? jeng..jeng..jeng..antara jawapan paling kerap aku dapat

1) sebab depa(orang yang pakai uniform) nampak smart/cute:
yelah..uniform ni memang selalunya dipakai untuk  pi keja(pilot,bomba,polis) or belajaq(nurse, budak sekolah..haha).jadi pemakaian depa kena la smart untuk menjaga imej jabatan depa. benda yang kemas ni memang la sedap mata memandang..tak gitu??


2) ikot body shape:
bagi aku ini la satu-satunya sebab yang hampeh ataupun negative side untuk si pemakai uniform. bukan semua uniform yang macam ni, tapi ada la juga beberapa jenis uniform yang menonjolkan benda yang tak sepatutnya terutama bagi pemakai wanita. Apa-apa pun aku rasa sekarang ni lagi okay berbanding dulu. setahu aku dulu waktu zaman mak aku dulu nurse wajib pakai skirt dan takleh pakai tudung. sekarang baju nurse pun dah menutup aurat apa. bagus la tu, maklumlah kita ni kan duduk di negara Islam, tak logik pulak kalau jabatan kerajaan sendiri menghalang pekerjanya daripada menutup aurat.


3) berwibawa:
si pemakai uniform ni bukan nya suka-suka hati dia ja nak pakai.selalunya mesti sebab pekerjaan depa.lagi satu sebab yang membuatkan orang tertarik kat pemakai uniform ni ialah si pemakai nampak seperti seseorang yang berwibawa dan bertanggungjawab. ada kawan aku cerita, dia rasa bangga sangat dapat jalan dengan kawan dia yang pakai uniform. aku tanya la kat dia psai pa? dia cakap 'ntahlah..rasa macam si pemakai tu seorang yang berwibawa.' betul la tu, aku pun rasa macam tu juga. malahan kalau hampa sendiri yang pakai uniform pun akan rasa bangga dengan diri sendiri tau.

4) history
lagi satu sebab ialah bila ada history yang menarik dengan pemakai uniform ni. contohnya dia masuk hospital then masa dia kat hospital tu ada sorang nurse ni da la cute baik pulak tu. Bikin hati cair ja.That why dia suka kat nurse. or diselamatkan oleh abang bomba yang handsome ka.. tak pun ditegur oleh pilot macho waktu first time naik flight. Apa-apa ja la yang membuatkan depa ni takleh lupa kat uniform ni.





conclusion nya, yang paling penting dan sebab utama kenapa mereka-mereka yang beruniform ni menarik perhatian adalah sedap mata memandang..
yelah bila pakai uniform nampak kemas, nampak smart, nampak cute, nampak seperti orang yang berwibawa, bertanggungjawab..semuanya nampak. so, sedap mata memandang la tu kan.

that the fact