EH! hang tau tak APA TU SOLAT MENGHORMATI WAKTU ? kawan aku tanya kat aku..hah??? hang tanya kat aku?? demam ka? okay la..aku try jawab tapi aku pun bukan nya tau sangat.
Solat menghormati waktu ni solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (sebab tak dak air untuk berwuduk atau tak dak tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tak dapat menghadap kiblat. Solat buat macam solat fardhu ja. Dengan membuat apa yang boleh dibuat daripada syarat dan rukunnya. Yang penting niatkan yang kita sedang melakukan solat menghormati waktu.
Solat ini WAJIB di qada semula lepas hampa dah jumpa air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat balik. Kita juga boleh mengqada' solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada dalam keadaan bermusafir. Tapi bila kita dah balik tempat asal tu, solat hormat waktu kena di qada' secara sempurna, tak boleh buat secara jama’ atau qasar.
Jika ditakdirkan kita meninggal masa tengah dok bermusafir dan kita masih tak jumpa air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun tok mengqada' solat tu maka cukup la solat menghormati itu telah diterima Allah. Tapi, sebaliknya kalau kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tapi dok lengah lagi maka kita dikira berdosa.
Alasan sebab tak dak air atau payah nak buat taharah (membersihkan diri daripada hadas) yang menjadi salah satu syarat sah solat tak boleh jadi sebab untuk tinggalkan solat ,macam tu jugak la dalam keadaan tidak dapat tutup aurat, tak dak pakaian bersih atau tak tau arah kiblat.
Tapi kan.. untuk pengetahuan hampa la, sebenarnya tak dak dalam sunnah Nabi Muhammad SAW dan sunnah para sahabat dan tabiin dan tabiin-tabiin dan seterusnya tentang solat menghormati waktu. Apa yang ada ialah jika tidak solat berdosa, dan bila masuk waktu sembahyang saja tidak kira bagaimana caranya. S0..macam mana? Kalau ada sesiapa yang lebih tahu sila la share ya.
Ha! Kalau masih belum menjawab soalan tu boleh la cari kat Google. Zaman IT ni macam-macam ada. bukan setakat nak tengok Justin Bibir tu ja..cari la sama benda lain. maklumat yang aku dapat ni pun dari Google dan ilmu yang ingat-ingat lupa ustaz ajaq dulu.sory ustaz..anak murid yang sorang ni bengap sikit.