Pages

Monday, May 30, 2011

aku vs nombor

Menurut kajian, orang yang menggunakan otak kanan ni kurang cenderung ke arah aktiviti yang melibatkan nombor, maksudnya matematik la kot. Sebagai pengguna otak kanan yang dominan aku memang lemah tahap gaban dalam soal main dengan nombor ni. cuba hampa pikir, masa sekolah rendah pun aku boleh dapat markah 40% ja untuk math. (aiseh! malu la plak..macam Karam Singh cakap 'ibarat membuka baju nampak kurap di dada) aku tak da kurap k.

lagi bukti yang menunjukkan kelemahan tahap melampau aku kat nombor ni ialah aku payah gila nak ingat nombor..contohnya..tarikh(terutamanya birthday la..merajuk kawan-kawan aku sebab tak ingat birthday depa..well, girls), payah nak ingat nombor telefon, even nombor bilik hotel yang tiga angka tu pun aku boleh silap.haha..sebut pasal bilik hotel ni, aku penah g kursus then akak yang sebilik dengan aku ni tanya la mak dia duduk bilik nombor berapa. dengan yakinnya aku menjawab 903. buat malu akak tu ja bila pi ketuk tengok2 bilik orang lain. padahal bilik makcik tu 904, sebelah bilik kami
ja..905.



waktu aku nak ambik SPM dulu memang aku meluat gak la kat add math, mana taknya score ada la dalam lima  or enam A tapi sebab add math aku fail..habis png drop melampau..ada sekali tu aku dapat tiga A ja tapi boleh plak g lulus add math, naik terus png. hampaeh tol..so, aku bertekad yang aku tak nak involve dengan nombor lagi. nak pilih subjek pun pilih yang probability untuk belajar math kurang. Tapi macam kata cikgu math kesayangan aku la kan.."you cannot run away from math as a science student"

cekadak betul la..apasal apa yang cikgu cakap mesti betoi ha??? huhu..dalam syllabus aku sekarang tinggal lagi satu ja subjek math..lepas ni aku free.Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment