Pages

Tuesday, August 2, 2011

akikah

Aku ada adik lelaki yang berumur setahun sekarang ni..kucing jiran aku nama Minah pun lagi tua dari dia. cuba teka apa nama adik aku? ala nama yang paling glamor abad ni..Justin bieber?  melampau la tu kan. Nama adik aku Adam. Ha! popular apa nama ni. Nama khalifah pertama di muka bumi. kebelakangan ni banyak kali juga la aku terserempak ngan baby@ bayi lelaki nama adam ni. Kesian adik aku, nanti dalam kelas ntah2 ada banyak Adam kena la panggil Adam1, Adam2, Adam3..

30 Julai lepas, parent aku ada wat majlis akikah untuk Adam. sebab Adam ni lelaki maka terkorban lah dua ekor kambing untuk dibuat kenduri. kambing tu gemok ka tak? hurmm..ntah la, sampai2 kat rumah dah jadi daging ja. Zaman sekarang kan senang, kata ja kat penjual kambing tu nak beli kambing untuk buat akikah. Nanti dia tunjuk kambing tu then negotiate apa yang patut tentang harga dan pilih nak kambing mana. bayar ja duit dapat daging kambing yang dah siap disembelih dan diproses. Tapi, hati-hati juga nak beli tu, pilih tempat yang yakin tukang sembelihnya tu adalah Islam.baru berkat akikah kita tu. Nak lagi yakin sembelih ja sendiri.



Untuk akikah adik aku ni, mama yang masak sendiri lauk kenduri tau. dibantu oleh mak-mak sedara kat kampung. kambing tu mama buat masak kurma. Lepas tu abah beli ayam untuk sesapa yang tak makan kambing, mama buat ayam masak merah. Ada air asam pulak tu. Pergh!! memang mantap la. Tak lupa juga nasi beriani secret resepi pak njang. Aku tak makan dah nasi biasa kalau ada nasi beriani pak njang ni.  Aiseh! cita pasal makanan ni lapaq la pulak. da la tengah puasa. sabaq nisa..sabaq.

meh sini nak share sikit apa yang aku tau pasal akikah:
  1. Akikah ni merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut. Maknanya tak pa la kalau tak berkemampuan sebab akikah ni sunat ja.
  2. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh kelahiran. Dilakukan sebelum anak itu baligh.
  3. Dilakukan oleh ibubapa untuk anaknya sebagai tanda kesyukuran diatas anugerah Allah S.W.T.
  4. Akikah menggunakan binatang al-an'am yang cukup umur serta tidak cacat.
  5. Jika akikah tidak dibuat sebelum baligh maka anak itu boleh melakukan akikah untuk dirinya sendiri.(aku rasa tak yah pun tak pa, baik simpan duit untuk akikah anak hampa. Lain la kalau hampa banyak duit. Nak buat untuk diri sendiri pun tak pa)
malas plak aku nak tulis. maap ya. okay la. kalau hampa nak tau lebih lagi cuba tengok kat sini>akikah

No comments:

Post a Comment