Petang kelmarin sambil2 dok goreng cucur untuk berbuka tengok tv kjap. tengok rancangan serambi anak soleh. tetamu jemputan depa ialah adik Ahmad dan Muhammad.ha! ingat lagi tak? ala yang kembar siam yang menjalani pembedahan kat Riyadh, Arab Saudi, kalau tak silap aku dalam tahun 2003 kot. Pembedahan tok pisahkan depa dapat liputan yang meluas kat tv so, takkan tak igat? yang ni la..
waktu dalam racangan tu, depa tunjuk macam mana adik Ahmad dan Muhammad sembahyang. walaupun kekurangan berbanding manusia biasa tapi depa tak lupa tanggungjawab sebagai hamba Allah. Yang terkesan kat hati aku ni bila adik tu cakap 'walaupun kita macam ni, tapi kalau tak solat tak dapat pahala juga'. bayangkan, dia yang serba kekurangan pun tak mengeluh dengan nasib dia malah bersyukur dan mentaati perintah Allah. Depa jaga solat depa. Aku ni yang normal pun selalu alpa. lalai dalam mentaati Allah. Malu weyh! serious aku malu dengan Allah bila aku dengaq cerita adik2 ni.
![]() |
| semasa menerima keputusan UPSR |
kekurangan depa tak dijadikan alasan tetapi dijadikan sebagai sebab untuk terus kuat berusaha dan berdikari.
Ya Allah! kau bantulah aku dalam mentaati perintahMu.. Amin..


No comments:
Post a Comment