Pages

Wednesday, August 3, 2011

kita anak orang miskin mereka anak orang kaya

'kita anak orang miskin mereka anak orang kaya' ha! penah dengaq tak ayat ni? aku tak tau la dengan hampa tapi aku memang ada dengaq ayat ni lebih dari dua tiga kali juga la dari mulut parent aku. tapi kena translate sikit. mama aku cakap 'kami anak orang miskin hampa anak orang kaya'. Sama ja maknanya kan?? sebenarnya ada satu hari tu(tak ingat bila), aku ada dengaq ustaz dalam radio mutiara fm cakap pasai ayat ni juga. Ni yang menyebabkan aku nak tulis pasal ayat ni.

Bagi mereka2 yang mempunyai parent yang kaya sejak kecik lagi mungkin tak penah dengaq ayat ni. Meh sini chek nak kongsi dengan hampa semua. maksud ayat ni ialah budak-budak la ni @ budak2 zaman sekarang ni anak orang kaya. minta apa pun senang ja dapat. sekolah rendah dah pakai fone.Aku tau, hampa semua ni kan budak bandar bukan nya budak kampung macam aku. Minta apa semua dapat, sebut ja..aku dulu, form5 baru pakai handfone sendiri tau, sebelum tu cilok pinjam handfone mama ja. Jadi oleh kerana senang dapat maka budak2 zaman sekarang ni tak hargai apa yang depa ada. macam kata kawan aku la, kalau senang dapat cepat boring sebab tak mencabar (okay dia maksudkan pasai lain tapi still boleh guna apa untuk konsep ni)




Contoh yang ustaz tu bagi..ustaz tu tengok anak dia makan nasi tak habis, pastu ustaz tu tegoq(tegur) la anak dia 'pasai pa makan nasi tak habis?' anak dia jawab 'kenyang' dalam hati ustaz tu kata 'ewah2 senang ja cakap kenyang, tak tau ka membazir tu amalan syaitan, len kali nak makan tu ambik la sikit2, tak cukup tambah jangan terlebih, tak dak sapa nak makan kan da membazir'..

Tapi aku rasa kan..mana boleh compare budak dulu-dulu dengan budak sekarang (sory mama). yelah, budak dulu2 mana ada benda-benda teknologi macam sekarang. Dulu2 main pelepah nyoq, mandi ban(aku penah mandi ban masa kecik2), tenteng. Zaman sekarang ban pun ramai yang tak tau. For sure perangai beza gila. Bapa2 zaman dulu garang yang amat, memang la tengok pun anak2 dah takut. tak macam bapa2 zaman sekarang yang penyayang terlampau sampaikan pegang rotan pun anak2 boleh gelak lagi. suruh la anak2 yang kurang ajar pengetahuan ni pergi belajar.

Aku pun tak tau nak komen apa sebab betul apa ayat yang orang-orang tua sekeliling aku suka guna ni(yes, you're right mum) . budak2 sekarang hidup senang (terasa), manja (terasa), malas nak tolong mak bapak(yang ni aku tak terasa tapi aku tau hampa terasa. haha). memang tak da idea la nak bangkang ayat ni. takpa2. Nanti aku nak try buat entry 'kita anak orang kaya mereka anak orang miskin pulak la'..

No comments:

Post a Comment