Pages

Sunday, August 7, 2011

cara-cara memujuk isteri

Assalamualaikum..apa khabar iman anda? (da lama tak dengaq ayat ni *sigh*) okey...hari ni nak kongsi sikit tentang cara-cara memujuk isteri. Apahal aku boleh tulis pasal ni plak ni? haha..biarla..sebab aku rasa isinya menarik tapi tak tau nak letak tajuk apa. actually, cara2 ni juga boleh digunakan untuk pujuk pekerja hampa. tak da isteri? tak da pekerja? ala..prepare untuk masa depan la..haha.

believe it or not..yang ni aku dengaq dari ceramah agama tau. ha! sapa kata ceramah agama ni boring. Untuk memujuk isteri/pekerja anda, first kena la identify dia jenis yang macam mana. kat sini aku nak cita pasal 3type saja. Oh ya! jangan salah paham ya, aku tak da niat lansung nak samakan mana2 pihak dengan binatang.

  1. jenis keldai: isteri/pekerja jenis ni senang ja nak handle. tau tak macam mana perangai keldai? keldai ni kuat, walaupun badan kecik tapi mampu angkut beban yang berkali ganda kat belakang dia.tapi kalau dia dah tak larat sangat dia tak kan berjalan pun. pekerja yang macam ni sangat disukai oleh bos2 sekalian. yalah, rajin buat kerja . tapi sebagai bos jangan la nak kerah kudrat pekerja tu sampai habis, bagi dia releks juga, kalau tak memang nanti hampa dapat surat perletakkan jawatan la. kalau isteri pulak, cuba la tolong buat kerja rumah untuk isteri tu kalau tak nanti bila bila dia penat mula la bising. keldai kan suka buat bising. haha..
  2. jenis kuda: orang kata kuda ni tak boleh terperap ja dalam kandang, nanti dia jatuh sakit. that why la tuan2 kuda ni akan bawa keluar kuda depa g jalan2 waktu petang. ambik angin. tak sangka ya, kuda pun tahu rasa boring.haha. pekerja/isteri yang macam ni pun ada juga tau. contoh untuk isteri, tambah pulak yang suri rumah asyik dok kat rumah ja, bila hujung minggu nak ajak suami g jalan2 tapi suami plak nak releks kat rumah nanti mula la tarik muncung sedepa.ubatnya senang ja, bawa ja la isteri tu keluar g makan angin. Naik keta buka tingkap. suruh dia nganga luas2 nak sangat makan angin. Untuk pekerja plak, hari2 asyik g pejabat ja nak buat kerja pun da hilang mood. asyik2 mesyuarat kat pejabat.orang lain g mesyuarat kat luar negeri. sebagai bos, tukar la angin sekali sekala buat mesyuarat kat kedai nasi kandar pun apa salahnya. pas mesyuarat suruh pekerja tu belanja makan. haha.kan jimat duit tok makan tengahari.
  3. jenis kucing: ala hampa pun tau perangai kucing macam mana kan? manja. nyampah. kucing ni kita marah dia teruk2 dia paham tau. pastu nanti mula la merajuk. panggil pun tak datang dah. tapi senang ja nak bagi dia datang kat kita balik. ambik ikan rebus sekor then panggil dia, confirm datang. isteri yang perangai macam kucing ni pun macam tu la nak pujuknya. kita marah sikit nanti merajuk, tak nak cakap.nak pujuk dia senang ja, pegi la beli rantai or gelang emas seutas. balik umah bagi..'nah sayang' bini dia pun ambik la tapi tak cakap pape sebab merajuk lagi. buka2 tengok rantai..dan2 tanya 'abang da makan?' haha..tapi jenuh juga la kalau tiap2 kali merajuk nak kena beli rantai. pokai suami. untuk pekerja lak, apa salahnya bagi hadiah kat dia sekali dua, sebagai pembakar semangat untuk lebih rajin lagi.
 ha! sebenarnya ada lagi satu tapi aku da lupa la apa. so, aku share 3 jenis ni ja la ya. antara tiga-tiga jenis ni kalau dapat isteri yang jenis first la senang hidup. xyah nak susah2. haha..

No comments:

Post a Comment